26 April ari tu bsday my brother in law...kakak i soh i wt seprais bsday ckt utk hsben dy..so i decide nk wt pavlova then tules "hepy bsday" kt toping dy..simple...hehe
i share ek resepi nk wt pavlova ni...
Bahan-bahan:
~ 4 biji putih telor ayam.. telor ini BUKAN yg di simpan dlm peti ais tau
~ Secawan gula.. tapi aku guna 3/4 cawan je utk kurangkan manis..
~ 1 sudu besar tepung jagung
~ 1/2 sudu teh cuka makan
~ 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-cara :
~Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dgn kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah saje..Pastu bila nak start masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius.. aku guna suhu 110 darjah celsius..
~ Mula2, asingkan dulu putih telor dgn kuning telor.. kita ambik yg putih telor aje tau.. kulit telur and kuning telur x mo eh..
~ Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul
sampai putih telor tu gebu (soft peaks).. Korang putar guna button
paling max terus tau, takyah nak bermula dgn kelajuan rendah pun..
~Putar sampai jd gebu..nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh..
~ Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula
kastor sikit demi sedikit.. Jgn berenti putar tau.. sambil masukkan gula
sambil putar..
~ Putar sampai kental.. dlm keadaan mixer masih berputar, masukkan 1
sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lg 3 minit
gitu...
~ Langkah seterusnya lg, dgn menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila td..Pastu sila kaup balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup
balik dgn lemah lembut.. jgn ganas2 sgt.. kalau boleh pusingan spatula
tu satu arah je.
~ Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dgn baking paper.. dan tuang adunan td ke atas baking paper..
~ Pastu apa lagi.. masukkan la dlm oven.. letak kat rak tengah2 tau.. suhu antara 120 - 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit..
AMARAN..!! (hahaha..)
Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..
Bila dah cukup 1 jam 15 minit, sila JANGAN kuarkan pavlova tu dr oven.. biar jap beliau sejuk dlm oven tu dgn keadaan pintu oven sedikit renggang..
TOPPING:
~ Secawan @ 250 ml whipping cream..
~ Putar whipping cream dgn kelajuan tinggi.. putar sampai kental.. lama
gak nak jd kental tau.. dlm 10-15 minit gak kot aku putar..
~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je..
~ Sementara tu jugak, sila potong buah2an yg nak di gunakan.. aku guna stoberi, anggur hitam dan kiwi je..
CARA MENGHIAS:
~ Pindahkan pavlova td dgn berhati2 ke dalam bekas.. pavlova ni sgt
lembut tau dlmnya.. macam mashmallow, sbb tu kena berhati2 masa nak
asingkan dr baking paper..
~Letakkan topping atas pavlova tu...
~Letakkan topping atas pavlova tu...
~Lepas tu,korang hiaskan topping tu dengan buah-buahan yang di potong td..
SIAP SUDAH.........selamat mencuba... :)







0 comments:
Post a Comment